PERANAN WAHYU DALAM ISLAM

Apa itu wahyu?

Perkataan "Wahyu" adalah berasal dari kata dalam bahasa Arab yang berasal daripada perkataan "awha" bermaksud; inspirasi daripada orang lain atau arahan seseorang. Secara umumnya,Wahyu ialah perintah atau kata-kata Allah (كلام الله) SWT yang disampaikan kepada para rasul-Nya.
Nabi Muhammad sebagai salah seorang rasul (pesuruh) Allah Taala juga menerima wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril. Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW ialah Surah Al-‘Alaq (سورة العلق)( ayat 1-5)
أقرأ باسم ربك الذي خلق . خلق الإنسان من علق . اقرأ وربك الأكرم . الذي علم بالقلم . علم الإنسان مالم يعلم



CIRI-CIRI WAHYU

Image result for ciri ciri wahyu


Cara Allah S.W.T menurunkan wahyu

  • kepada malaikat
  • kepada rasul
  
CARA MALAIKAT MENERIMA WAHYU DARI ALLAH 

  • Cara pertama: Malaikat Jibril a.s menerima wahyu dari Allah dengan penyampaian secara ruhani atau menghafaznya dari Luh Mahfuz. Kemudian dia akan turun menemui Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan wahyu tersebut. 
  • Cara kedua: Malaikat Jibril mengambil Al-Quran dari Allah secara pendengaran dan kemudian menyampaikannya kepada Nabi Muhammad apa yang didengar dan yang diperintahkan oleh Allah tanpa sedikit perubahan 

CARA RASUL MENERIMA WAHYU DARI ALLAH

(1) Penurunan wahyu tanpa perantaraan
(2) Penurunan wahyu dengan perantaraan Malaikat

  • PENURUNAN WAHYU KEPADA RASUL TANPA PERANTARAAN
 Bermimpi 
Ini disahkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah yang bermaksud: “ Seawal-awal wahyu yang diterima oleh baginda ialah mimpi yang benar ketika tidur, maka ia tidak melihat melainkan datangnya seperti fajar waktu subuh. 

Mendengar kalam ilahi dari sebalik tabir.
 Ini seperti yang dialami sendiri oleh Rasulullah S.A.W ketika Isra’ dan Mi’raj. Firman Allah S.W.T dalam surah As-Syuara ayat 51.Maksudnya: “ Sesungguhnya Kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana Kamilah orang-orang Yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)”. Dan juga bagi Nabi Musa ketika baginda bermunajat di Bukit Tursina.Firman Allah dalam Surah Al-A’raf, ayat 143. Maksudnya:“Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu Yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu Yang Maha Suci) supaya Aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke Gunung itu…

  •  PENURUNAN WAHYU KEPADA RASUL DENGAN PERANTARAAN MALAIKAT
 Cara yang paling berat diterima oleh Rasulullah S.A.W iaitu mendengar bunyi loceng dan suara yang kuat supaya Nabi bersedia menerima wahyu yang datang. Firman Allah dalam menyebutkan tentang beratnya wahyu itu dalam surah -Muzammil yang bermaksud “Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak bersedia menyempurnakannya)”. 

• Cara yang ringan iaitu Malaikat menyerupai seorang lelaki dengan paras rupa yang indah dan berseri,kemudian membacakan wahyu tersebut kepada baginda serta baginda menerimanya dengan senang.
 Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sahihnya daripada Aisyah Ummul mukminin yang bermaksud, “ Harith bin Hisyam telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Katanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah wahyu didatangkan kepada engkau? Jawab baginda: “ Kadangkala ia didatangkan kepadaku seumpama bunyi loceng yamg merupakan cara yang paling berat aku rasakan. Aku pun meyakininya dan kemudian aku menguasai apa yang telah diperkatakan. Kadangkala malaikat menyerupakan dirinya kepadaku seumpama seorang lelaki dan memperkatakan kepadaku dan aku menguasai apa yang diperkatakannya"



PERANAN WAHYU


:



memimpin manusia ke jalan yang benar melalui risalah Islam menyuruh manusia melaksanakan syariat Allah mendidik manusia kepada akhlak manusia membetulkan akidah manusia yang telah rosak



KESAN DARIPADA PIMPINAN WAHYU KEPADA MANUSIA

Menyelamatkan dan menjauhkan manuisa daripada kesesatan dan azab api neraka.Seterusnya, manusia menyembah Allah dengan melaksanakan perintah dan meninggalkan laranganNya serta manusia memperoleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.Selain itu,manusia dapat membezakan antara perkara yang halal dengan yang haram dalam membuat sesuatu tindakan.Dengan ini tamadun manusia akan berkembang pesat dan maju dari segi rohani, sosial dan teknologi. Antara contoh yang boleh disimpulkan disini ialah keunggulan dan kekuasaan kerajaan Uthmaniah yang menguasai 2 per 3 dunia. mengusai ilmu berdasarkan wahyu dan ilmu yang dituntut.

MAKSUD ILHAM

Menurut bahasa, kata ilham berasal dari “fi’il tsulasi mujarrad” yang artinya menelan, melahap sesuatu. Ketika berubah menjadi fi ’iI tsulasi mazid ruba’i maka kata ilham bermakna menelan dalam arti menghujamkan ke dalam jiwa.
Sedangkan ilham menurut istilah adalah wahyu atau pertolongan dari Allah untuk melakukan suatu perbuatan. Petunjuk Tuhan yang timbul dari hati; pikiran (angan-angan) yang timbul dari hati, bisikan hati; sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta (mengarang syair, lagu, dan sebagainya).
lntuisi (kesanggupan dalam mencapai pengetahuan dengan pemahaman secara
langsung tanpa melalui proses berpikir). Ilham juga dapat diartikan sebagai petunjuk Allah ke dalam hati manusia untuk berbuat balk.“ Allah menanamkan di dalam jiwa seseorang yang dapat mendorongnya untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu, dan Ilham
termasuk jenis wahyu yang dengannya Allah mengkhususkan kepada siapa saja
yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya’
llham juga merupakan keluarbiasaan dan’ Allah berupa pengetahuan yang diberikan kepada manusia tidak melalui akal pikiran, melainkan dengan bisikan ke dalam hati atau jiwa seseorang balk untuk hal yang berhubungan dengan ketakwaan maupun kefasikan.
Allah mengilhami manusia kebaikan dan keburukan. QS. Asy-Syams [91]: 8

PERBEZAAN WAHYU DENGAN ILHAM



  • WAHYU adalah suatu pengetahuan yang diperoleh Nabi (Rasul) dengan cara yang samar serta menyakinkan bahawa apa yang mereka terima benar-benar datangnya dari Allah SWT, baik dengan perantaraan ataupun tidak.

   “Dan tidak ada bagi seorang manusia pun bahwa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan Wahyu atau dibelakang tabit atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat), lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki.” (QS. Asy-Syura : 51)


  • ILHAM ialah suatu perasaan halus yang diyakini oleh jiwa dan terdoronglah keinginan untuk mematuhi kehendak ilham itu tanpa merasakan dari arah mana datangnya. Termasuk pengertian ilham peristiwa mimpi yang dialami Nabi Ibrahim AS. untuk mengorbankan putranya ( Ismail ).

   “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, ibrahim berkata: Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu. Ia menjawab : Hai Bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (QS. Al-Shaffat : 102).

KESIMPULAN

Banyak riwayat yang menjelaskan bahwa wahyu yang diterima oleh Rasulullah SAW seperti ayat-ayat al-Qur'an mayoritas diterima melalui perantaraan malaikat-Nya. Dan sebahagian yang lain dengan cara penyampaian langsung dari Allah Swt kepada utusan-Nya tersebut. Metode penyampaian wahyu secara langsung.  Ketika menerima secara langsung saat Rasulullah SAW mendengar perintah dari Allah tanpa melalui perantara, memiliki pengaruh yang sangat besar bagi beliau SAW. Dalam sebuah hadist disebutkan bahwa imam shadiq pernah ditanya tentang surah Al-Ghasiyah yang diterima oleh Rasulullah saw, " Apakah itu disampaikan melalui turunnya malaikat?" Imam Shadiq kemudian menjawab, "Bukan tetapi ayat tersebut langsung diterimanya (Nabi saw) dari Allah Swt, tanpa seorang perantara pun."


Comments